Jangan Lupa Komentarnya...!!! Dilarang Copy Paste Tanpa Seijin Pemilik Blog Ini

Sabtu, 19 Maret 2011

8 sebab kenapa anda patut sayangkan si dia

Posted by dj_gunawan 20.45, under | No comments

Wah…nak buat entry macam bagi tips la aku ni kan. eh suka la kan. belog sape…kalau bukan blogger…err..tak kena eh tagline tu?
Sejak 2 menjak 3 menjak sebelah badan ni dah diikat oleh My Cinta supaya jangan lari, mahu pulak aku ni bagi sebab-sebab kat korang kenapa korang patut sayangkan cinta hati korang tu. dan kenapakah tak patut korang tinggalkan dia. cewah…ayat nak kelasss kan.
1. Bila anda kesusahan dia orang pertama yang hulurkan bantuan
Betul. Orang macam ini memang korang perlu sayang sangat. Kadang-kadang time kita susah, apalah sangat yang dia boleh bantu. tapi dia lah orang pertama yang beriya-iya mencari solution untuk anda. Walaupun, hasilnya….tak seperti yang kita harapkan. Situasi…Tayar pancit. Dia bukan gheti pun nak betulkan tayar. Contoh jer…tapi dia berusaha bersungguh-sungguh datang dari jauh, sanggup tak gi meeting, ponteng kerja or what so ever dan datang…Hasil nan ado la kan…tapi dia bawa pomen rupa-rupanya. hahahaha..nampak! usaha. =)
2. Bila marah dia diam.
Okay what. ini satu perkara yang bagus sebenarnya. Mana kau nak..orang marah-marah memekak membebel tak tentu pasal pastu pukul kau sebab kau buat salah. atau dia hanya perlu diam ajer dan tunjuk protes dia tengah marah. atau dia tak suka kau buat sesuatu itu. Kamon lar…tak smeua lelaki sukakan keganasan. cewah…Mereka mahu pasangan memahami jiwa mereka juga. betul tak?
3. Pemaaf
Macam mana salah besar pun kau buat pada dia, macam mana sakitnya hati dia pada kau. tapi dek kerana sayang, dia seorang yang manusia yang pemaaf. Waduh-waduh…ingat senang dapat lelaki pemaaf ni. Tapi harus ingat…dalam dia memaafkan itu, dia takkan pernah lupa salah silap yang kau dah buat tu. jadi hargailah pasangan itu sementara dia masih menyintai kita. Jangan amik kesempatan pula. Situasi…Kau telah memecahkan cermin kereta dia yang baru dia tukar untuk kali ke-3 kerana kau ni jenis kalau mengamuk mesti nak pecahkan harta awam. Dia tetap maafkan kau. keh3…(ada ke orang macam ni?)
4. Melaksanakan Rukun Islam
Okay. we are not perfect as a human. Dalam baik ada jahatnya. dalam jahat pun ada baiknya. Tahukah anda amalan pertama yang akan dihisab apabila kita mati kelak adalah solat? tak tahu…aku tahu..tapi nak kepastian, marilah kita tanya ustaz secara jemaah. jangan kau percaya cakap aku bulat-bulat. Memang ler budak laki tu kaki ponteng skolah, atau pernah terlibat dengan pergaduhan, atau mungkin jenis yang suka bersukan (eh ada kaitan tak?). Tapi, itu cerita lama. Yang penting solat dia jaga. sebabnya dalam dia bersolat tu, dia telah menegakkan salah satu rukun Islam. Puasa tak tinggal, zakat tak pernah miss bayar. Dan mungkin ada rezeki kau leh gi Haji sama-sama dengan dia. InsyaAllah…5 perkara utama ini lah mendorong ke arah segala kebaikkan. mungkin tak nampak skrg…tapi Tuhan yang menilai segala perbuatan dia di dunia ini. Korang sape kan nak judge orang kan kan kan…
5. Menghormati orang tua.
Ini sangat penting. kita lihat macam mana dia dengan orang tuanya. jika dia menghormati orang tuanya, menghormati pacik-paciknya. maka insyaAllah dia akan menghormati orang tua kita. menghormati tu apa nopa? oka..cara bercakap, cara membantu, cara melayani. faham? kalau cakap suara nak tinggi, kalau cakap ada oh, ah, macam tak ikhlas…hurm sumthing wrong la kan. kalau time nak tolong mak kita, mata nak naik ke atas, dua-dua tangan ke bahu (oh yeah) ..huhu…sumthing wrong la. lalu depan orang tua macam mana. ala..takkan nak kena buka kamus plak bagitahu korang apa itu hormat.
6. Tidak berkira
Situasi. “semalam u pinjam duit i rm10 nak beli famous amos. Bila nak bayar?” Oh maiiii…..beli famous amos pun nak berkira tau. rm10 je pun. bukan rm1000 cik abg. “Ai dah bayar parking rm7 dah. apa kata u belanja tengok wayang” Ello…wayang tu lagi mahal lar. 2 orang dah rm20.  sabo jela.  ”U nak suh i anta mak u gi airport, u bayar duit minyak la eh” eeiii…future in law kamu jugak. takkan semua benda nak berkira kan kan kan…remeh temeh tu biarlah pejam mata je. tapi kalau amount yang besar-besar tu..boleh ler kau nak berkira. lagi best kalau kau memang dapat pasangan yang macam ni “U amik jela apa u nak, i belanja. u bukan sapa2 pun, bakal isteri i jugak” pengsan pengsan…tu kalau pasangan kau banyak duit lar..
7. Tak pernah angkat tangan (memukul)
Is good. sangat dialu-alukan. Kalau pernah sekali dia mencederakan mu..percayalah ia akan berulang sekali lagi..akan jadi 2 kali. 3 kali. akan jadi berkali-kali bila kau dah kawen dengan dia. tapi kalau tak pernah. marilah kita bersyukur yang dia hanya tahu marah kita dan mungkin diam tanda protes. MArilah kita bersyukur yang dia marah kita sebab kita keluar dengan lelaki lain dan bukan sebab kita keluar dengan mak kita. Dia tu bakal suami..esok dah jadi suami lagi la, tak dengar kata jadi isteri derhaka tau. tak mahu masuk syurga ke?
8. Tidak meletakkan dirinya di tahap tinggi (tak berlagak lah senang citer)
haa….tahu apa maksudnya. Contoh…Kau ni suka sangat main boling. tapi, walaupun kau suka, kau tu tak reti main boling. asik masuk longkang jer. jadi pasangan kau ni memang teror main boling. masalahnya, kang kalau dia utnjuk skill kang, kesian plak kat ko. dia pun main ala-ala macam kau jer. tahu-tahu kau plak yang menang. hahaha..sweetkan.! kau pun bangga diri. kah3..Situasi lain, kau baru je tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah melalui astro first. Tapi pasangan kau tu dah tengok 2 kali kat rumah beli DVD cetak rompak (maaf, ini adalah contoh, sila support filem Melayu). kau pun cerita kat dia. best giler cerita tu. kau siap buat sinopsis panjang lagi kat dia. Dia ni punya tak nak kasi kau berhenti cerita, dia tak cakap la yang dia dah tengok 2 kali. Kau gelak, dia pun gelak…nampak?! dia tak berlagak ngan kau. dan dia takde meletakkan diri di tempat tinggi.
Sebenarnya, sebab-sebab di atas juga berlaku pada diri aku sendiri. sebab itu aku sangaaaat sayangkan My Cinta. even dia rasa mungkin dia punya sayang lagi tinggi peratusnya dari aku. *selalu nak menang tau* Semua ciri ini ada pada dia. tak percaya? aku pun tak percaya..tapi kena percaya jugak.
Jadi kalau korang rasa dia tak sempurna pun, maafkanlah. sebab diri kita pun tak sempurna mana. kita nak yang ensem, tapi muka kita pun macam batang buruk jugak. Kita nak yang beriman, tapi kita iman tak kuat jugak. Kita nak yang kaya..haip..sedar diri okey! jangan terlalu berharap sesuatu yang indah. sebab tak semua yang kita harapkan itu kita dapat. Bukankah Tuhan telah menetapkan setiap satu perkara dan hikmah dalam setiap satu kejadian pada kita. Maka redhalah dengan takdir yang ditetapkan. InsyaAllah…
sekilas : Kepada My Cinta, i love u la…! =)

0 komentar:

Posting Komentar

Tags

Entri Populer

Blog Archive

Blog Archive